8 Kepelbagaian Pisang dan Resepi Yang Sesuai Untuknya
1. Pisang Rastali
Pisang Rastali isinya berwarna putih. Di sebelah pantai Tumur, pisang rastali ini lebih popular dengan nama kelat keling dan sebahagian tempat menyebutnya pisang meda. Ada sesetengah pendapat pula menyatakan pisang ini terdapat 3 jenis iaitu kelat keling, kelat air dan kelat lega. Pisang kelat lega biasa dibuat goreng pisang atau disira sebaliknya pisang kelat keling tidak sesuai digoreng. Di sebelah utara pula, ada yang makan dengan pulut, seperti makan pulut bersama durian.
2. Pisang Nipah ataupun Pisang Abu
Jenis pisang yang popular untuk tujuan di goreng, di buat kueh dan juga di buat kerepek pisang di negara kita dan juga di Indonesia. Jantung Pisang Nipah adalah antara jenis jantung pisang paling sesuai dipetik untuk dijadikan sayuran atau ulam-ulaman. Ini kerana jantung pisang nipah adalah lemak, bersaiz sederhana besar dan paling penting tidak pahit atau rasa kelat seperti sesetengah varieti pisang. Pisang Goreng daripada varieti Pisang Nipah adalah jenis yang paling banyak digoreng bagi dimakan sendiri atau dijual di tepi-tepi jalan. Pisang yang hampir masak di kupas kulitnya, dipotong dua sebelum di celup dengan adunan tepong pisang goreng.
3. Pisang Awak
Pisang awak enak sangat dibuat cekodok, pengat dan lepat pisang. Ada juga yang suka rebus dan juga dibuat lempeng daun pisang. Selain itu, menurut salah seorang rakan, pisang awak jika terlebih masak, boleh dihiris dibelah dua dan dijemur sampai hitam, kemudian disimpan di dalam balang kuih.
4. Pisang Berangan
Baunya harum serta wangi. Buah pisang berangan mempunyai saiz yang sesuai untuk dijadikan makanan pencuci mulut dan biasanya dihidangkan di majlis-majlis keramaian dan jamuan. Ia juga sesuai dijadikan bahan untuk membuat roti canai pisang. Pisang berangan juga enak dijadikan pisang goreng kerana ia tidak benyek/lembik. Manakala buah pisang berangan yang terlalu masak boleh dijadikan cekodok pisang atau kek pisang.
5. Pisang Raja
Pisang raja boleh dimakan segar dan ia lebih sedap jika digoreng. Ia juga boleh dijadikan kerepek, direbus, dibuat pengat dan dijadikan bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih atau kek.
6. Pisang Tanduk
Pisang tanduk tidak mempunyai jantung dan biasanya hanya mempunyai satu atau dua sisir buah sahaja. Ia sesuai disajikan sebagai pisang goreng dan dijadikan kerepek pisang. Buah pisang tanduk boleh juga direbus dan dimakan dengan kelapa parut.
7. Pisang Susu
Buah pisang susu berasa lemak manis dan beraroma sesuai dimaka begitu sahaja sebagai pencuci mulut. Warna buah matangnya kuning terang, mudah dikupas dan isinya agak kekuningan.Ia tidak sesuai digoreng tetapi boleh dijadikan cekodok, lempeng atau kek pisang.
8. Pisang Nangka
Buah matang pisang nangka biasanya dijadikan pisang goreng seperti pisang nipah. Rasanya agak manis tetapi ada sedikit rasa masam seperti pisang tanduk. Pisang nangka juga boleh dibuat pengat, kerepek pisang, disira, direbus dan yang terlalu matang boleh dilenyek untuk dijadikan cekodok, lempeng atau kek pisang.
Rujukan : https://misscosmics.wordpress.com/

Comments
Post a Comment