Cara Membuat Kek Gula Hangus
Kek Gula Hangus
RESEPI KEK GULA HANGUS BERSARANG SEMUT
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
3 sudu besar mentega
* Gula digoreng dgn api yang kecil. Kena kecil untuk elakkan gula karamel tu menjadi pahit. Bila gula dah agak cair masukkan air panas. Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
4 bijik telur ayam
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara-caranya :-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susu pekat, lepas tu mixer hingga sebati
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
Last sekali, masukkan gula hangus tadi.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik. Tujuan kita perap selama 3 jam adalah utk membenarkan soda bikarbonat menghasilkan gelembung-gelembung udara semasa dibakar atau dikukus nanti. Barulah cantik kejadiannya.
Kukus selama satu jam atau sampai masak. Biar kek menyejuk dahulu sebelum dipotong melintang untuk menyerlahkan sarangnya.
Selamat mencuba !!!
Comments
Post a Comment