Pudding Kastard Jagung



Pudding Kastard Jagung

Bahan2 untuk membuat pudding kastard jagung :
- 2 cawan santan sawit atau 4 cawan santan biasa
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan gula
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 tin jagung
- Garam secubit

Salam buat semua. Apa khabar anak-anak yang baru masuk semester persekolahan yang baru ni. Ramai rakan-rakan saya yang anak-anak mereka baru masuk darjah 1 tahun ni. Di IG story ada pelbagai telatah anak-anak rakan, ada yang menangis, ada yang segan jika ibu bapa duduk bersama dan ingin ibu bapa mereka pulang segera. Haha. Kelakar juga tengok telatah masing-masing.

OK kali ni jom kita try buat pudding kastard jagung.

Di atas api, masukkan 2 cawan santan dan 1 cawan gula, dan kemudian 1 cawan tepung kastard. Masukkan 1 tin jagung, biasanya kita gunakan 1 tin jagung manis tapi saya tiada pula masa ni.. Jadi saya rebus sahaja satu biji jagung dan cukur jagungnya. Kemudian masukkan 3 sudu besar susu pekat. Kacau sehingga menjadi kilat dan pekat seperti di dalam video di atas. Pastikan api sederhana dan kacau terus-menerus supaya tidak hangit.
Setelah menjadi pekat, biarkan ia sejuk dulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas dan biarkan di dalam peti sejuk untuk 4 jam.

Ianya sedap dimakan bila sejuk.

Comments

Popular Posts