Resepi Murtabak Mini



Resepi Murtabak Mini 

Bahan-bahan nya :
- 1 Bawang Besar dipotong dadu
- 4 Bawang Putih dipotong dadu
- 125g Daging Kisar Beku
- 1 biji Kentang dipotong dadu
- Daun Sup
- Serbuk
- 3 biji Telur
- Garam dan serbuk lada hitam.
- Kulit popia


Masukkan minyak dan panaskan, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Larutkan serbuk kari dengan air dan tumiskan, masukkan kentang dan daging kisar dan goreng sehingga empuk.

Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Taburkan daun sup dan masukkan 3 biji Telur kita dan goreng telur sampai masak. Inti murtabak kita dah siap !!!

Masukkan inti murtabak tadi ke dalam kulit popia dan lipat menjadi segi empat kecil.
Gorengkan dengan minyak panas dalam 5minit atas dan bawah murtabak atau sehingga keperang2an.

Anak-anak pasti suka untuk minum petang.
Juga boleh digoreng sehingga separuh masak, dan disimpan dalam freezer. Bila terasa nak makan keluarkan dan goreng lagi sehingga masak sepenuhnya. Sedap di makan semasa panas.

Comments

Popular Posts