APAM SUSU KUKUS 4 BAHAN SAHAJA
Bahan-bahan nya :
- 5 biji telur
- 5 sudu besar gula
- 1 sudu besar Ovalette
- 1 cawan Tepung Gandum
- Perasa pandan dan pewarna hijau atau purple
Banyak komen dan pertanyaan yang saya terima dari video saya di Youtube. Kenapa nama kuihnya Apam Susu padahal saya tak ada letak pun susu dalam resepi ni.
Ini versi "malas" dan simple untuk Apam Kukus. Namanya pun 4 bahan saja. Yang di inspirasikan dari Apam Susu tapi saya tak letak pun susu tepung ya.
Pukul telur dengan gula beberapa minit dengan mixer sampai menjadi licin dan silky. Kemudian masukkan sudu besar Ovalette, dan sambung pukul lagi. Lastly masukkan 1 cawan Tepung Gandum. Pukul betul-betul sampai semuanya rata dan gebu.
Kalau rajin, bolehlah di pisahkan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian letakkan perasa pandan dan pewarna kaler pilihan supaya dapat 2 kaler berbeza. Masukkan dalam acuan dan kukus untuk 20-30 minit.
Sangat senang dan mudah. Sesuai utk orang yang malas macam saya. Hahha. Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment